fbpx

Berapa Modal yang Sesuai Untuk Start Trading Saham?

Pertama sekali sebelum saya jawab soalan tersebut tuan-tuan kena faham terlebih dahulu macamana trader-trader saham buat duit.

Saham bukan macam orang meniaga. Orang yang meniaga nie dia beli sesuatu barang tu contoh harga RM 1, kemudian dia jual semula harga RM 2. 2x kali ganda. Untung lebih besar.

Trader saham, dia buat duit berdasarkan peratus (%). Amatlah jarang harga saham yang dia beli tu naik 2 kali ganda. Selalunya, bergantung pada keadaan dan style trading, kenaikan adalah antara 5-50%.

Untuk memudahkan kerja, katakan seorang trader tu mampu buat 5-10% profits dalam saham setiap bulan.

Banyak ke tak 5-10% profits sebulan tu? Banyak. Kalau kita compare dengan tempat-tempat lain :

  • Tabung Haji 5-7% setahun (ingat dividen tahun nie 1.25% sahaja)
  • ASB dan lain-lain unit trust dalam 7-12% setahun
  • Bank biasa 2% setahun
  • Kadar inflasi negara dalam 3-4% setahun

So sebenarnya saham nie agak lumayan. Tapi dengan syarat trader tu kena pandailah. Nak buat 5-10% untung tu bukan senang. Silap-silap rugi lagi ada la.

Kembali kepada soalan, berapa modal yang sesuai untuk start trading saham?

1 – Berapa minimum untuk start?

Minimum pada pendapat saya adalah 1-2k. Tak sepatutnya kurang dari nie, sebab susah nak maintain profits. Tak masuk broker fee dan lain-lain fee lagi.

Katakan untung 10%, dari 1k baru RM 100. Kalau untung 5% baru RM 50. Sangat tak berbaloi. Lebih baik guna 1k tersebut untuk buat meniaga, Insyallah lebih untung dan lebih berbaloi.

2 – Untuk tujuan training

Trader-trader yang baru mula belajar jangan tergopoh-gopoh cepat sangat nak kaya. Belajar dulu selok-belok saham nie camne sampai anda dah biasa.

Biasakan dulu baca dan interpret carta.
Biasakan dulu jual dan beli saham.
Biasakan dulu rugi kecik, untung kecik.

Untuk trader-trader yang baru mula, recommendation saya : dalam 1-2 tahun pertama gunakan tak lebih 10k

Apa target anda pada waktu nie?

  • Waktu nie target anda adalah untuk kembangkan 10k tersebut
  • Try jadikan dari 10k jadi 20k (tanpa modal tambahan)
  • Kalau rugi dan 10k tu berkurangan mudah anda nak topup balik jadi 10k

Kalau anda berjaya kembangkan dari 10k jadi 20k, Insyallah anda boleh kembangkan 100k jadi 200k atau 1 juta jadi 2 juta. Sebab konsepnya sama.

3 – Bagaimana seterusnya?

Bila anda dah power, anda dah boleh guna modal yang besar (lebih dari 10k). Waktu tu, lagi besar modal lagi bagus. Kalau anda ada RM 1 juta, 10% dah 100k. Kalau 20% dah 200k.

Apa checklist yang sepatutnya sebelum anda boleh guna modal besar?

  • Anda ada pengalaman trading saham paling kurang 1 – 2 tahun
  • Anda ada pengalaman jual/beli saham paling kurang 20 kali
  • Anda ada pengalaman untung dan rugi
  • Anda boleh kembangkan 10k yang asal tadi kepada atleast 15 – 20k tanpa sebarang modal tambahan
  • Anda tahu apa tu market stages
  • Anda tahu macamana nak tengok support
  • Anda tahu macamana nak lukis trendline
  • Anda tahu macamana nak tahu kaunter tu bullish ke tak
  • Anda tahu macamana nak tengok kaunter tu breakouts, pullbacks or rebounds

P/s – Ini adalah panduan sahaja. Sebarang decision terpulang kepada anda kerana anda juga adalah seorang trader. Saya hanya boleh memberi nasihat.

31 thoughts on “Berapa Modal yang Sesuai Untuk Start Trading Saham?”

  1. Tuan ..saya newbie… baru nak belajar bukak akaun saham…belum pernah trade… dalam fasa mencari ilmu… mcm mana nak mula membeli saham yg bagus?

    1. ooh takde jawapan yang simple tu tuan…kena belajar dan belajar…cari trading strategy yang paling sesuai dengan tuan

    1. wslm. saya takde pengalaman bab fcpo so saya tak dapat nk beri komen bab tu. tapi sy memang recommend untuk start belajar saham untuk jangka masa panjang

  2. Salam.
    Tuan, saya disenarai hitam di Bank Negara, jd saya x boleh buka CDS..
    Saya cadang guna nama isteri utk trade di Bursa Malaysia..
    Apa pandangan tuan..

  3. Zeilani bin Maat

    Kalau nak trade kena ada laptop kan…..jadi saya ni tak pandai langsung nak guna laptop….boleh tak ajarkan saya cara nak trade guna laptop.

    1. yep mmg sy ajar dlm tu macamana. satu lg awal2 je susah. bila dah terbiasa nanti senang je actually. bagi mana sampai terbiasa

  4. tuan sy nak tanya.. fcpo, kalau ada modal 1 juta.. target untung 100k ke 200k sebulan, relevan tak? maksud sy.. volume dlm market tu mcmana.. logik ke byk tu?

  5. Blackythebull

    Assalamualaikum cikgu, saya ada RM2k untuk modal pelaburan. Saya bekerja sekarang, possible tak saya nak kembangkan dari RM2k menjadi 20K dalam masa setahun?

  6. Salam tuan, Sya trader crude oil/forex(masih lagi newbie tpi oklah sikit) , patutkah saya bljar juga saham atau focus forex shja?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top