fbpx

Antara contoh2 pencapaian saya so far

Assalamualaikum and salam sejahtera

Dalam post kali nie saya nak tunjukkan serba sedikit tentang pencapaian saya so far. Bukan tujuan untuk riak, nak tunjuk pandai or sebagainye. (Semoga dijauhkan). Saya pun bukan pandai sangat pun dalam saham nie. Sekadar boleh sikit2 sahaja. Ramai trader-trader yang jauh lagi power dari saya.

Tujuan saya buat post nie adalah sebab berikut :

1) Nak tunjuk bahawa stocks market nie bukan menipu dan wajib rugi. Ramai traders rugi sebab masih baru dan belum belajar sistem trading yang sistematik dan betul. Dan ramai yang menganggap stock market nie cepat kaya. Hakikatnya tak begitu.

2) Nak tunjuk bahawa dengan correct mindset, correct discipline, and systematic way of trading, anyone can make money. Kalau saya boleh, anda pun boleh. Anda hanya perlu belajar cara yang betul untuk trading

3) Sebagai menjawab orang2 yg kritik dengan mengatakan saya hanya buat duit dengan mengajar dan bukan betul2 trade pun. Not true. Saya sendiri trader and still actively trading in the stocks market dan bukan sekadar mengajar. Saya ajar nie sebagai sampingan sahaja buat trader2 yang baru nak belajar, or trader2 yang masih banyak losses dari profits.

4) Kengkadang saya screenshot individual counter, dan ada masa saya screenshot whole portfolio. Perhatikan whole portfolio sebab itu lebih tepat dan tunjuk dalam masa sama semua kaunter2 yang saya pilih (banyak mana profits vs banyak mana losses)

5) Untuk memberi semangat kepada anda semua, bahawa ANDA JUGA BOLEH!!! Insyallah. teruskan study! and maintain konsisten dalam dunia saham paling kurang 3 tahun!

profits dalam 6k, losses 3.4k = baki profits 2.6k

6 kaunter saya pilih, semua profits, takde rugi. total profits dalam 13k lebih

Jun 2019 – profits 23k, losses 700

9 kaunter saya pilih, 7 untung, only 2 losses. Total profits dalam 3k. Waktu nie modal kecik lagi.

July 2018. 7 kaunter saya pilih, 5 untung, 2 tak jalan, 0 loss. Not bad. Total profits dalam 18k

July 2019 – pilih 2 kaunter, dua2 untung. total profits 22k.

Jun 2019 – profits 11k. losses 200. thats how you win in the stocks market. keep your profits big and your losses small

OK thats all. Ada lagi tapi malas nak add banyak2.
Ingat 5 benda nie sampai mati :

1 – If saya boleh, anda pun boleh. Saya dulu awal2 pun banyak rugi macam anda. Nak untung 50 ringgit pun payah. Serius.

2 – Anda hanya perlu belajar cara trading yang betul dan sistematik

3 – Mengelakkan rugi 5 kali ganda lebih penting dari mendapatkan profits

4 – Konsisten dan tak quit tu penting. Lagi lama anda dalam dunia saham, lagi power

5 – Saham nie 3 tahun pertama je susah. Lepas pada tu Insyallah mudah kalau anda study tiap hari and tak give up

Goodluck!

===UPDATE===

• memandangkan banyak screenshot yang hilang sejak phone sebelum nie rosak, ambo decide untuk kumpul semua sebagai simpanan dalam website (yang mana masih ada). silap betul tak buat backup dan tak simpan systematically

July 2018

Early June 2019

End June 2019

July 2019

August – December 2019 : one of my biggest winner. Hold 4 bulan, 235k profits in just one kaunter (165% ROI) alhamdulillah

11 thoughts on “Antara contoh2 pencapaian saya so far”

  1. Saya rugi dah RM 600k. Mcm serik dah. Tapi nak Cuba juga. Ada ke Ruang rezeki . At least dapat modal Saya balik. Cuba dapat balik 22,500 lepas tu trade rugi balik 30,000. Hati rasa sgt sedih. Hanya Allahswt yang tahu. Saya trade ikut tips orang saja. Last last ni tips tu byk x kena. Lost balik. Satu kali buy.500 lot sampai 1 mil share.

    1. gila bang…teruk sgt sampai 600k losses. gini bang, kalau knowledge tak cukup lagi guna max 10k dulu. jangan nak kaya cepat. bagi sampai power 10k tu boleh double jadi 20k. baru gradually naikkan sikit2

    1. pakya mula dgn rm2k, tp bnyk gile loss.. slow2 increase modal smpi 10k..try kembangkan jadi 20k dari 10k tu..klu berjya insyallah boleh main modal besar..klu xberjaya jgn strt modal besar..

  2. salam Doc…berapa lama target masa yang selalu doc ambil untuk trade sesuatu kaunter ni.. maksud saya..nak peram berapa lama?…t.k

  3. Muhammad Akmal Bin Ruslan

    Salam Dr, sye merupakan trader newbie. ade beli class dlm bentuk video n alhamdulillah dh abis study tp still lost bile trade maybe sbb sye terlalu nk bwt intraday. hanya bermodalkan 2k still xde profit n masih takut2 lg nk pilih kaunter. harap Dr bleh beri sedikit nasihat ape yg perlu sye bwt untuk dptkan keyakinan sye trade saham.

  4. Assalammualaikum Pak Ya, berapa harga saham yg sesuai kita beli. cth: rm0.30 keatas bagi satu unit. Apa cadangan Pak Ya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top