fbpx

Style yang Pakya Trading Notes Ajar Bagaimana Ya?

Pertama sekali tuan kena tahu, style trading boleh terbahagi basically kepada 3 kalau ikut dari segi duration : Short term, Mid term, Long term.

Dan trader-trader pula boleh terbahagi kepada banyak jenis, bergantung kepada strategi trading masing-masing. Ada scalpers, day traders, contra traders, swing traders, positional traders, trend traders, breakout traders, pullbacks traders, rebounds traders, investors, value investors, dividend players, dan lain2. Macam-macam jenis. Saya taknak explain panjang-panjang tiap jenis-jenis trader supaya post nie tak terlalu panjang.

Saya nak fokus jawab soalan di atas.

  1. Saya adalah positional – trend trader
  2. Saya trade mid to long term
  3. Kadang-kadang (bergantung keadaan) saya swing trading
  4. Saya tak ajar scalping, intraday trading, contra trading, dan lain-lain jenis short term trading. Saya juga tak galakkan klien-klien saya untuk short term trading
  5. Style trading saya 90% bergantung kepada charts. Saya kurang bergantung pada news / rumours / tips / dan lain-lain. Looking at the charts is enough

Kenapa Ramai Orang Pilih Trading Short Term?

Boleh kata setiap orang yang baru mula trading akan tertarik dengan short term trading. Antara sebabnya :

  1. Nak cepat kaya
  2. More thrilling, more adventure, more fun
  3. Nampak lebih stylish, lebih fun

Jangan tipu. Saya dulu awal-awal pun sama. Biasalah. Siapa yang taknak cepat kaya?

Hakikatnya, cuba anda tanya diri anda

a) Siapa short term traders yang kaya kat dunia nie? atau kat Malaysia? Jawapannya, takde

b) Berapa % short term traders yang boleh konsisten buat duit? Jawapannya, less than 5%

c) Traders-traders terhebat kat dunia nie, tak kira dari zaman mana, dorang nie selalu trading style camne? Apa nasihat-nasihat yang selalu dorang bagi? Beli hari nie jual esok / jual minggu depan? Atau beli hari nie, hold selagi trend bertahan? Jawapannya, most great traders are trend followers. Dorang hold selagi mana trend tu bertahan. Bukan untung sikit terus jual.

Kalau tak percaya, anda try google sendiri.

Saya tak suruh anda percaya saya bulat-bulat. Saya hanya bercakap melalui pengalaman. Anda cuba try buat dulu dalam setahun or 2 tahun. Anda sendiri akan dapati short term trading nie :

  1. Susah nak buat untung secara konsisten
  2. Meletihkan
  3. Time and energy consuming
  4. Nak kena banyak tengok skrin
  5. High probability to lose money
  6. Stressful
  7. Takde masa
  8. Tak sesuai untuk orang yang ada kerja full time
  9. Tak sesuai untuk orang yang berkeluarga

Kenapa Saya Pilih Positional – Trend Trading?

  1. Senang nak paham, tak kira anda baru lagi dalam saham atau dah lama
  2. Low risk, high rewards potential
  3. High probability trading (high probability to win kalau anda pandai pilih kaunter)
  4. Potential profits tu tinggi.
  5. Sekali trade target untung besar. Target % sekali untung tu tinggi
  6. Tak meletihkan
  7. Ambik masa lama time nak cari kaunter yang bagus sahaja. Bila dah jumpa kaunter yang bagus, setakat nak monitor tu 5 minit sehari dah cukup

Benda-benda nie semua, saya tak expect anda percaya style trading yang saya cakap nie dari awal.

“Ah, mengarutlah. Aku tengok ramai je buat untung dalam seminggu”
“Ah, sifu tu ajar boleh buat 50% sebulan OK je”
“Ah, sifu tu rilek je buat untung 2k sehari”

Kalau tuan/puan ada pemikiran camni, takpe teruskan trading. Teruskan mencari. Dalam 2 ke 3 tahun kalau tuan/puan masih bertahan dalam dunia trading tuan/puan akan start nampak sendiri apa yang saya cuba nak sampaikan nie.

Time tu Insyallah kalau tuan/puan bijak tuan/puan akan slow-slow belajar longer-term trading. Dekat situlah sebenarnya lubuk untung, lubuk buat duit, lubuk orang-orang kaya, businessman-businessman duit juta-juta bertambah kaya.

Sekian terima kasih. Kalau tuan/puan masih nak belajar short term trading juga maaflah ya PH Trading Notes takde ajar.

Kalau tuan/puan nak belajar rahsia buat profits besar dari awal tuan/puan boleh klik link nie –> https://pakyahussin.com/intro-phtn/

12 thoughts on “Style yang Pakya Trading Notes Ajar Bagaimana Ya?”

    1. not much. basically the period of holding. trend trader the longest, few years. postional trader months – years

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top